Selasa, 5 Ogos 2014


1 - Perkataan SUBHANALLAH
Ertinya ialah : " MAHA SUCILAH ALLAH "
Ianya diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib . Contohnya tatkala kita melihat orang yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam kemalangan .

Tujuan kita mengucapkan " SUBHANALLAH " iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita : " Wah ! hebatnya orang itu , tak cedera langsung . Tapi Allah lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah Ta'ala " .

Ianya diucapkan juga apabila kita melihat ada apa-apa perkataan ataupun perbuatan yang menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah . Contohnya kita ucapkan " SUBHANALLAH " apabila melihat ada orang yang menyembah berhala-berhala . Di dalam hati kita ketika itu seolah-olah kita berkata : " Allah Ta'ala Maha Suci dan tiada kena-mengena langsung sebagai Tuhan yang mereka anggap itu " .

Lihatlah firman Allah Ta'ala berikut :
Ertinya : " Dialah Allah yang tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah kecuali Dia Yang Maha Berkuasa , Maha Suci , Maha Selamat , Maha Memberi Keamanan , Maha Peneguh , Maha Mulia , Maha Gagah-Perkasa , Maha Besar , Maha Sucilah Allah daripada apa yang mereka sekutukan " ~ Surah al-Hasyr : ayat 23

Lihat penggunaan " SUBHANALLAH " ataupun yang semakna dengannya melalui ayat Al-Quranul Karim di bawah ini :
Ertinya : " Maha Sucilah Tuhan yang telah memperjalankan hamba-Nya di waktu malam ( Israk ) dari Masjid al-Haram ( di Mekkah al-Mukarramah ) ke Masjid al-Aqsa ( di Palestin ) yang telah Kami berkati sekitarnya , agar Kami menunjukkan kepadanya ( Nabi Muhammad s.a.w ) beberapa tanda kekuasaan Kami . Sesungguhnya Dia ( Allah ) adalah Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat " . ~ Surah al-Israk , ayat 1 .

Ya ! , peristiwa Israk-Mikraj adalah satu peristiwa yang ajaib lagi hebat , namun sehebat-hebat peristiwa itu , lebih hebat lagi Tuhan yang telah mengatur dan mencipta peristiwa itu , Tuhan itulah Allah Ta'ala Yang Maha Hebat , Yang Maha Mendengar segala doa Nabi-Nya s.a.w dan tohmahan puak-puak yang tidak mempercayai kisah itu dan Maha Melihat segala-galanya . Dan Maha Sucilah Allah drp segala sifat-sifat yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada Dia .

Ucapan " SUBHANALLAH " ini juga dikenali sebagai " TASBIH " .

Selasa, 30 Oktober 2012

Debaran SPM 2012

Selamat menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan bermula 5 November ini dan berakhir dengan subjek kita MPV Landskap dan Nurseri (7301) pada 6 Disember 2012. Semoga berjaya mendapat keputusan yang terbaik!!

Isnin, 2 Mei 2011

RACUN SERANGGA BUATAN SENDIRI

Seringkali kita berhadapan dengan masalah serangan serangga perosak. Kecantikan dan kesuburan tumbuhan hiasan akan terjejas dan boleh membantutkan pertumbuhan tanaman. Antara aktiviti penyelenggaraan tumbuhan yang penting ialah mengawal serangan serangga perosak.

Apa kata kita cuba membuat racun serangga organik sendiri. Racun ini lebih selamat digunakan berbanding racun kimia yang dijual dipasaran. Harganya sudah tentu lebih murah!!!

Bahan-bahan yang diperlukan:

10 biji cili padi
1 liter air
5 g sabun buku
1 labu bawang putih.
2 sudu besar minyak masak.

Cara penyediaan:

kisar kesemua bahan di atas kecuali sabun.
campurkan dengan sabun. panaskan / rebus.
tapis.

Cara menggunakan:

campurkan 1/2 cawan ramuan racun yang telah siap dengan 1 liter air. Masukkan dalam botol penyembur. Sembur keseluruhan pokok.

Selamat mencuba!!

Ahad, 20 Mac 2011

PEMBIAKAN TANAMAN HIASAN

Pembiakan seks
  • Melalui penyemaian biji benih
  • Kelebihan:
    • Murah dan menghasilkan banyak pokok
    • Menyediakan pokok penanti
    • Menghasilkan baka-baka baru
    • Kadangkala terhasil hibrid yang lebih cergas berbanding pokok induk
  • Keburukan :
    • Tidak menurunkan baka yang tulin
    • Terdapat masa rehat (dormancy)
    • Masa yang panjang untuk matang
    • Bermusim

Panduan cara memilih biji benih

  • Bagi pokok semusim, pilih biji benih daripada pokok yang sihat, tidak terlalu besar atau terlalu kecil
  • Buah yang dipetik hendaklah cukup masak
  • Bebas dari penyakit dan perosak
  • Biji benih perlu dikeringkan/disimpan di tempat yang sesuai
  • Bernas

Merawat biji benih

  • Biji benih perlu dirawat terlebih dahulu dengan racun kulat sebelum disemai (mengelakkan penyakit –jenis kulat)
      • Thiram
      • Benlate
      • Copper sulfate (kadar bancuhan 1 gm/liter air)

Medium penyemaian

  • Sabut terproses, vermiculite, perlite, pasir
  • Campuran bahan di atas.
  • Boleh juga gunakan medium 2:1:1 (tanah lom:organik:pasir)

MENYEMAI BIJI BENIH (kaedah ini berbeza sedikit dengan yg dipelajari dalam modul MPV)

  • Langkah penyemaian
    • Sediakan medium pasir sungai ke dalam bekas
    • Siram supaya medium lembap
    • Biji benih halus digaul dengan pasir (1 bhg benih:3 bhg. pasir) - boleh juga 1:5
    • Tabur biji benih di atas permukaan medium
    • Biji benih ditutup dengan satu lapisan medium dan siram semula
    • Bekas ditutup dengan plastik hingga benih bercambah
  • Cara menyemai biji benih halus: tabur terus secara rata atau tabur di dalam alur.

Menyemai biji benih besar

Biji benih disemai ke dalam medium percambahan sedalam 2 kali ganda garis pusat biji benih .

Rawatan percambahan biji benih

  • Pelelasan
    • Biji benih dirawat supaya telap air.
        • Merendam dalam air panas, asid
  • Stratifikasi
    • Proses melembutkan testa
        • Letak biji benih dalam timbunan pasir yang basah pada suhu turun naik
  • Vernalisasi
    • Satu proses yang menyebabkan biji benih mengeluarkan hormon untuk percambahan
        • (letak pada suhu rendah)
  • Pemeraman
    • Merendam biji benih ke dalam air / menyimpan dalam beg plastik dengan tujuan menanggalkan selaput biji benih

Khamis, 17 Mac 2011

Impak batu elemen semula jadi

PENGGUNAAN batu dalam membentuk landskap taman akan memberi impak yang mendalam terhadap fungsi taman berkenaan.

Meletakkan batu pada taman akan menampilkan suasana berbeza, taman lebih hidup, bermaya dan menimbulkan suasana alam semula jadi.

Setiap orang ada cara tersendiri mendapatkan batu untuk menghias taman sama ada dijadikan tangga, tempat laluan atau diletak di keliling pokok hiasan.

Ada yang rajin mengutipnya dari segenap tempat seperti di sungai, tetapi cara itu memakan masa lama untuk dikumpulkan. Tambahan pula batu yang dikumpul mungkin saiznya tidak sama.

Bagi yang berkemampuan, anda boleh mendapatkannya daripada pembekal atau pengusaha landskap. Telefon beberapa pengusaha untuk mendapatkan senarai harga yang berpatutan.

Tanyakan juga jenis batu yang mereka miliki dan kesesuaiannya. Kebaikannya, batu tidak perlu disiram, dicantas, bentuknya kekal dan tidak akan mati.

“Bagi taman kecil, anda boleh memilih batu bulat kecil diletakkan di atas seketul batu bulat lebih besar. Untuk kesan lebih cantik, tanamkan pokok hiasan berdaun tirus panjang di sekelilingnya atau pada satu bahagian saja.

“Anda juga boleh meletakkan batu kecil dalam pasu bulat leper untuk menghias taman. Pastikan di sekeliling pasu itu ditanam pokok hiasan yang cantik, berbunga dan berwarna-warni,” kata Eksekutif Jualan Yash Enterprise (M) Sdn Bhd, Kum Hoe Wan.

Jika berminat meletakkan batu pada sempadan halaman, katanya, pastikan permukaan lebih lebar diletakkan di bawah. Untuk menguji kestabilannya, anda boleh pijak atau berdiri di atas batu yang sudah disusun, supaya kedudukannya tidak berubah jika hujan lebat.

“Jika batu bergoyang, korek sedikit tanah di bawahnya supaya kedudukan batu lebih teguh dan stabil. Anda juga boleh meletakkan sisi batu yang lebih kecil te tapi ia mungkin membahayakan jika kanak-kanak berdiri di atasnya,” katanya.

Ada juga meletakkan batu besar yang boleh dijadikan meja. Berhati-hati ketika meletakkannya supaya batu itu tidak bergolek. Tanam `kaki’ batu dalam sedikit supaya kedudukannya teguh seperti kedudukan asalnya (keadaan semula jadi).

Batu yang dijadikan hamparan laluan biasanya kasar dan besar. Bagaimanapun untuk lebih selamat, perlu dicantumkan dengan simen. Dapatkan nasihat profesional untuk hasil yang lebih memuaskan.

Batu bentuk dan saiz tidak sekata paling cantik untuk dijadikan anak tangga.Tetapi perlu pastikan tiada bucu tajam yang mungkin boleh melukakan kaki.Untuk membuatnya, batu perlu ditanam dalam (tinggalkan beberapa sentimeter saja di permukaan bumi).

Rumput senang tumbuh di celah batu, pastikan rumput terjaga dan tidak dibiarkan panjang.

Batu kerikil atau batu bundar kecil boleh menaikkan seri taman dengan menabur batu itu secara sekata di sekeliling perdu pokok. Bagi yang lebih kreatif, anda boleh mengecat batu-batu itu untuk kesan yang lebih cantik dan unik.

Selain mencantikkan taman, batu juga berperanan menyerap dan membalikkan sinar matahari yang membuatkan ia sesuai diletakkan di taman redup atau kawasan tanpa pokok besar

Cara hias laman

LAMAN yang cantik dan teratur dapat menyejukkan mata dan memberi ketenangan kepada pemilik. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk disesuaikan dengan keadaan kawasan sama ada laman rumah kampung atau bandar. Antara cara menghias halaman rumah anda.

1. Rumput boleh juga ditanam selain laluan bersimen yang berselang seli untuk menghiasi halaman. Antara jenis rumput yang cantik ialah rumput turf kerana selain menaikkan seri taman, ia berfungsi menstabilkan tanah, merendahkan suhu persekitaran, menyerap gas tercemar dan menjadi alas menutup bumi yang boleh menghalang hakisan tanah. Rumput jenis tikar seperti Axosnospus Compressus juga sesuai ditanam di halaman kerana ia sesuai hidup pada semua jenis tanah dan tahan pijakan.

2. Bagi rumah yang tiada halaman luas, penggunaan bunga secara berpasu lebih sesuai. Pastikan anda memilih pokok jenis berbunga supaya nampak berwarna-warni untuk menimbulkan suasana ceria. Tanaman yang digantung juga sesuai untuk rumah yang mempunyai keluasan halaman yang kecil. Selain itu pondok kecil dan bangku kayu juga boleh didirikan untuk kemudahan anak-anak dan tetamu.

3. Untuk nampak lebih indah dan nyaman gunakan kombinasi batu, pasir, binaan simen dan tanaman hijau di sekitar rumah. Ia boleh mengelakkan air bertakung atau terpercik ke dinding rumah. Bina kolam kecil untuk dijadikan hiasan. Bela ikan supaya lebih menarik dan menjadi tarikan kepada kanak-kanak.

4. Tanaman berpagar juga sesuai ditanam untuk memagari rumah seperti buluh yang disusun secara dua lapis. Tetapi pastikan ia dicantas rata supaya menimbulkan kesan lebih menarik dan dramatik.

5. Khususkan sedikit ruang di halaman rumah untuk dijadikan taman mini yang menggabungkan pelbagai jenis bunga dan rumput.

6. Bagi rumah di kawasan kampung, tanam secara barisan bunga-bungaan yang menjalar mengelilingi rumah. Sebaiknya gunakan tanaman tidak berbunga.


Oleh Norakmah Mat Youb

Fahami prinsip reka bentuk landskap

Keseimbangan

· Keseimbangan menghasilkan taman yang harmoni dan berpadu. Keseimbangan adalah asas kepada taman. Ia bukan dimaksudkan sama berat atau sama tengah seperti taman tradisi dan taman formal yang sering kita lihat, tetapi diertikan sebagai keseimbangan dalam alam semula jadi.

· Keseimbangan dari segi istilah taman, boleh diterjemahkan dengan menghargai keindahan itu sendiri berdasarkan apa yang ada dan tiada.

· Secara praktiknya, komposisi taman adalah tidak simetri dan komponen taman yang bernombor ganjil dalam sesuatu kumpulan lebih diminati.


Kesatuan

· Kesatuan menjadi ciri gabungan lengkap kepada elemen berbentuk hiasan dan penanaman pokok dalam taman seperti gabungan cerah dan gelap, tekstur kasar dan halus.

· Setiap satunya berlawanan antara satu sama lain, tetapi mencapai keharmonian dan kesepaduan bila diseimbangkan walaupun tidak simetri.

Bingkai

· Prinsip bingkai membabitkan kesan kurungan atau pagar.

· Ia adalah proses pemilihan elemen sedia ada atau tambahan elemen baru kepada taman untuk menghasilkan kesan perlindungan.

· Pagar ini akan meliputi ruang taman dan menghasilkan keselesaan ketika berada di dalamnya. Ia dapat mewujudkan mood tertentu kepada taman tanpa perlu mengabaikan ‘privacy’.

Kejutan

· Prinsip kejutan dalam taman merangsang pemikiran dan khayalan. Pokok ditanam untuk melindungi di belakangnya dan ini mendorong seseorang itu terus berjalan ke depan untuk mengetahui apa di sebaliknya.

· Perjalanan ketika menghampiri suatu objek dan pokok yang dihubungkan antara satu sama lain memberikan kesan tambahan kepada keseluruhan taman.

· Ia membantu kita potensi sebenar sesuatu pemandangan yang sedang dilihat. Kebiasaannya, laluan bersimpang siur atau berkeluk-keluk digunakan dalam reka bentuk landskap bagi menyerlahkan prinsip kejutan.

MODEL REKABENTUK LANDSKAP

Selepas berhempas pulas menyiapkan pelan rekabentuk landskap yang terdiri daripada:
1. Pelan Asas
2. Pelan Inventori dan Analisis
3. Gambar rajah Buih
4. Pelan Konsep
5. Pelan Induk

kini, pelajar Ting. 5 sedang menyiapkan model.

Model dibuat supaya pelan induk yang dicadangkan dapat dilihat dalam bentuk 3D dan lebih jelas.

Langkah-langkah membina model:
1. menyedia alatan seperti gunting,penapis dan pisau.
2. menyedia bahan-bahan yang sesuai seperti span keras, span basuh pinggan, lidi sate, gam UHU,kertas warna, polisteren dll.
3. buat salinan pelan induk. gam di atas polisteren bersaiz A3.
4. mulakan dengan turf dan kawasan yang besar dahulu.
5. contoh membuat turf: kisar span kasar, bancuh dengan warna plaka,jemur, kisar sekali lagi.letak gam polisteren di kawasan turf di atas salinan pelan induk. taburkan serbuk span tadi menggunakan penapis sehingga rata.
6.Buat model pokok mengikut skala dan menyerupai pokok yang sebenar dari segi bentuk,warna daun dan bunga.
7.untuk landskap kejur, gunakan bahan yang sesuai seperti pasir/batu kecil untuk laluan refleksologi.

Tahniah!!!